KESIHATAN DAN KECANTIKAN DALAMAN DAN LUARAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN DAN FOKUS AFDHAL

Thursday, December 23, 2010

Mengapa perlu makan Kapsul Apricot Seeds atau biji aprikot Afdhal?

Seperti kebanyakan kekacang dan biji, biji aprikot adalah sangat berkhasiat. Salah satu nutrisi yang terkandung didalamnya ialah amigdalin ( B17 ). B17 terkandung di dalam beratus-ratus makanan, tetapi makanan yang kaya dengan amigdalin ini sudah tidak lagi termasuk didalam pemakanan harian kita. Mereka yang masih mengamalkan pemakanan tradisional, didapati bebas dari penyakit kanser. Pemakanan tradisional ini kaya dengan nitriloside yang mengandungi amigdalin didalamnya. Contoh makanan yang dimaksudkan ialah biji aprikot pahit, badam yang pahit, biji apple, biji anggur, millet dan banyak lagi biji buah-buahan dan kekacang.

Ia telah menjadi makanan kaum Hunza dipendalaman beratus-ratus tahun lamanya yang dikatakan bebas dari kanser, sihat, lanjut usia sehingga lebih dari 120 tahun. Dikalangan masyarakat Cina di Negara China pula, biji aprikot pahit telah kerap dan biasa digunakan dalam membantu mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma/lelah. Antara nutrient yang banyak terdapat pada biji aprikot ialah enzim Amygdalin atau Laetrile atau juga sering disebut sebagai Vitamin B17. Tugas B17 ini hanyalah untuk memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui pembuangan air. Berdasarkan kepada buku "World without Cancer", tulisan G.Edward Griffin, biji aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain. Vitamin B17 atau Laetrile mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu.

B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita hari ini dinegara yang membangun telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit. Masyarakat Hunza di Pakistan sangat baik tahap kesihatan mereka , satu perkara biasa bagi mereka hidup sehingga 100 tahun, dan dikatakan juga sangat jarang dijumpai kes penyakit kanser dikalangan mereka ini. Salah satu faktor utama kesihatan mereka adalah mereka minum air yang kaya dengan mineral dan tidak lupa juga amalan pengambilan makanan mereka. Salah satu makanan kegemaran dan keutamaan mereka ialah buah aprikot. Mereka tidak hanya makan buahnya tetapi juga biji yang terdapat di dalam buahnya sekali. Dari bijinya, dihasilkan minyak untuk memasak dan juga untuk losyen muka.

SAKSIKAN

Loading...